Program Masyarakat
15 Jun 2026

Kunjungan Hormat ke Kedutaan Republik Demokratik Rakyat Algeria di Malaysia

Kunjungan Hormat ke Kedutaan Republik Demokratik Rakyat Algeria di Malaysia

YB ADUN Batu Buruk mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Republik Demokratik Rakyat Algeria di Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha mengeratkan hubungan muhibah dan diplomatik antara kedua-dua negara.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perbincangan dijalankan mengenai peluang kerjasama dalam bidang pendidikan, kebudayaan, dan pembangunan masyarakat yang boleh memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan Algeria.

Kunjungan seumpama ini penting bagi memperluas rangkaian hubungan luar pejabat DUN Batu Buruk serta membuka lebih banyak peluang persefahaman antarabangsa untuk kepentingan rakyat.