Program Masyarakat
20 Mei 2026

Majlis Ramah Mesra Pemadam Negeri Terengganu

Majlis Ramah Mesra Pemadam Negeri Terengganu

Majlis Ramah Mesra PEMADAM peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Terengganu Equestrian Resort, dihadiri oleh pegawai PEMADAM negeri serta wakil rakyat dari pelbagai kawasan DUN.

Dalam ucapannya, YB ADUN Batu Buruk menekankan kepentingan usaha kolektif dalam memerangi gejala dadah serta menyeru semua pihak untuk terus memberi sokongan kepada program-program pencegahan dadah anjuran PEMADAM.

Majlis ini turut mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara PEMADAM Negeri Terengganu dengan pejabat-pejabat wakil rakyat dalam usaha membina masyarakat yang bebas daripada ancaman dadah.